Menu
Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi. Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI Universiti Malaya 2018 Berita baik kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi seorang guru. Universiti Malaya akan menganjurkan satu kursus Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI pada tahun 2018 ini. Bagi mereka yang berminat, boleh memohon sekarang.
Perlu diingatkan bahawa walaupun berjaya lulus dengan cemerlang kursus ini, tiada jaminan kepada peserta bahawa mereka dijanjikan posting atau penempatan. Namun, memiliki diploma dalam pendidikan membolehkan anda dianggap lebih layak untuk menjadi guru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai kelulusan diploma dan ijazah dalam pendidikan. Untuk menjadi guru, perlu lulus temuda SPP iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Guru yang ditempatkan sebelum lulus temuduga SPP merupakan guru interim untuk mengisi kekosongan di sesebuah sekolah. Apabila dilantik ke jawatan interim, perlu peka dengan temuduga SPP untuk memudahkan dilantik menjadi guru tetap Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus DPLI ini melibatkan 3 semester bagi menggantikan KPLI (2 semester).
Permohonan Program Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UM 2019 online. Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon. Permohonan PISMP 2019 Ijazah Sarjana Muda Perguruan Di IPG Malaysia. Anda lepasan SPM dan berminat untuk menjadi guru atau cikgu? Permohonan IPG 2019 online untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sesi Jun/ Julai 2019 akan dibuka pada tarikh yang akan diumumkan kelak.Pada tahun lepas, permohonan PISMP calon guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah dibuka pada tarikh 13 Mac 2018.
Program DPLI 2018 ini merupakan program anjuran Antara bidang program yang ditawarkan termasuklah:. Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris.
Bahasa Cina. Bahasa Tamil. Matematik. Pendidikan Islam.
Sains. Pendidikan Pra Sekolah. Pendidikan Seni Visual. Kemahiran Hidup.
Pendidikan Jasmani. Pengajian Sosial.
Pendidikan Muzik Berikut merupakan antara syarat kelayakan program DPLI 2018 bawah universiti malaya ini adalah:. Warganegara Malaysia. Umur tidak melebihi 35 tahun. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V). Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon. Bagi memohon, pengguna perlu mendaftar dahulu username di laman universiti malaya seperti di bawah Selepas itu, perlu memilih kursus DPLI 2018 ini.
Kemasukan diploma ini merupakan kemasukan bagi sesi September 2018. Berikut merupakan pautan kepada permohonan program diploma pendidikan lepasan ijazah DPLI UM Universiti Malaya ini. Kursus ini juga merupakan satu kursus di bawah post graduate iaitu lepasan ijazah.
Perlu diingatkan bahawa terdapat kesukaran dalam membuat permohonan mungkin kerana server yang sesak. Boleh refresh selalu webpage. Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut.
Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain. Follow kami di Facebook di dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan - Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel [email protected] / [email protected] The post appeared first on.
Related posts:. Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari. Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018 Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan. Link atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Untuk program DPLI, penawaran adalah di Kampus UniSZA Gong Badak dan di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed). Untuk ISMPPI, penawaran adalah di Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed). Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMPPI) UNISZA Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting Permohonan DPLI Dan ISMPPI UniSZA 2019 Online meliputi tarikh penting permohonan, aplikasi permohonan, syarat kelayakan memohon dan maklumat lanjut.
TARIKH PENTING PERMOHONAN Dibuka Ditutup. Maklumat Syarat Permohonan DPLI Dan ISMPPI UniSZA A. SYARAT AM LEPASAN SPM / SETARAF 1. Warganegara Malaysia 2. Mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan LULUS Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 B.
SYARAT AM LEPASAN STPM / SETARAF 1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai DAN 2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am ATAU 3. Matrikualsi/ Asasi: Lulus peperiksaan Matrikulasi / Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ATAU 4. Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti ATAU 5. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid DAN 6.
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (BAND 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) bagi program ISMP(PI) sahaja. Muat Turun syarat kemasukan dalam PDF di Untuk Syarat khas kemasukan, ianya adalah seperti berikut:- SYARAT KHAS KEMASUKAN A. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah-DPLI 1. Memenuhi Syarat Am Universiti serta memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA/ IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dan lulus temuduga 2.
(Bagi calon-calon yang terlibat dengan program MoU, temuduga adalah dikecualikan kerana pihak agensi telah melaksanakan temuduga pengambilan staf). DAN 3. Sedang dalam perkhidmatan di mana-mana agensi/ Institusi pendidikan B. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) – ISMP(PI) 1. Memenuhi Syarat Am Universiti serta memiliki Sijil Perguruan/Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ATAU 2. Memiliki sijil APEL yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 3.
Lulus temuduga dan ujian kelayakan yang ditetapkan DAN 4. Sedang dalam perkhidmatan di mana-mana agensi/ Institusi pendidikan Berikut adalah langkah dalam membuat permohonan DPLI UNiSZA sesi 2019-2020 online:- PANDUAN PERMOHONAN DPLI/ ISMPPI UNISZA ONLINE Layari untuk memohon Tempoh Permohonan: Akan dikemaskini 1. Permohonan kali pertama sila masukkan nombor kad pengenalan/Mykad anda dan klik butang login bagi mengisi maklumat yang diperlukan 2. Masukkan nombor kad pengenalan/ Mykad anda tanpa sebarang simbol atau jarak 3. Tekan butang login untuk mengisi maklumat permohonan Selamat membuat Permohonan DPLI Dan ISMPPI UniSZA 2019 Online. Moga permohonan anda untuk Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan berjaya.